Menggelecek
Tingkatan : 301 Waktu : 730 pagi – 840 pagi
Matapelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Masa : 70 minit
Tajuk : Asas hoki
Sub tajuk : Kemahiran menggelecek
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1.
Melakukan kemahiran
menggelecek dengan lancar tanpa sebarang bantuan guru.
2.
Mengetahui asas
kemahiran menggelecek yang betul.
Aktiviti :- Guru memberi penerangan tentang asas
kemahiran bermain hoki yang sedia ada.
-Guru memfokuskan asas kemahiran menggelecek
-Guru membuat tunjukcara kepada pelajar bagaimana untuk
melakukan kemahiran
menggelecek dengan
betul
Tiga cara menggelecek dalam permainan hoki iaitu :
a.Loose Dribble (Longgar)
Pegangan kayu
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.
Mata
Memandang bola semasa tolakan. Pandang ke depan dengan serta merta selepas tolakan untuk mengkaji kedudukan lawan.
Kaki dan badan
Badan dibengkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola. Pergerakan kaki adalah seperti seorang yang sedang berjalan. Kaedah ini menggalakkan pemain dapat bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat menguasai kawasan permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuhkan tanah supaya ia dapat melihat ke hadapan semasa berlari serta semasa mengelecek bola.
Latihan Kemahiran
Kumpulan
a.
Pemain dilepaskan seorang demi
seorang.
b.
Bermula di X semua pemain
melakukan aktiviti mengelecek loose sambil berlari mengelilingi padang hoki sebanyak satu
pusingan .
b. Cloose dribble
Pegangan kayu
Tangan kiri dihujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar siku dan pergelangan tangan kiri menghadap kedepan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.
Badan
Kedudukan badan dan lutut dibengkokkan sedikit untuk mendapatkan imbangan.
Mata
Sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan ke mana pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabila bola di dalam kawalan yang baik.
Bola
Bola harus berada ke kanan dan di depan kaki kanan dan sentiasa menyentuh kayu hoki. Bahagian rata kepala kayu hoki bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Tekanan diberi di bawah bahagian tengah bola, yang akan memberi momentum berlebihan.
Latihan Kemahiran
Kumpulan
Bermula di X, pemain melakukan aktiviti mengelecek cloose sambil berlari mengelilingi satu pusingan padang hoki.
c. Indian dribble
Pegangan kayu
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan keluar manakala jari tangan kiri menghadap badan pemain. Tangan kanan memegang kayu dibawah sedikit. Tangan kiri berfungsi memusingkan kayu sambil tangan kanan membantunya sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu sambil meluncurkan bola.
Bola
Bola hendaklah berada lebih kurang 30 cm di hadapan kaki kanan, kemudian ditolak ke kaki kiri dan apabila sampai ke kaki kanan ditolak semula ke kaki kiri.
Kaki dan badan
Kedudukan kaki adalah terbuka dan badan dibongkokkan ke hadapan dengan bola lebih kurang 60 cm di hadapan. Pada awalnya gerakan kaki bermula dari kanan ke kiri secara perlahan dan kemudian semakin pantas. Kedudukan badan di condong ke depan manakala kedudukan bola mestilah di hadapan semasa bergerak. Kayu mestilah sentiasa berada berhampiran bola untuk mengawal pergerakan bola setiap masa.

a. Bermula di X,
pemain-pemain melakukan aktiviti mengelecek India sambil berlari mengelilingi
satu pusingan padang
hoki .
Aktiviti
Kumpulan
- Kumpulan
seramai 7 hingga 8 orang pemain.
- Bermula di A, setiap pemain secara individu
melakukan kemahiran mengelecek Loose, Cloose dan Indian merentasi skitel secara
zig-zag.
- Semua pemain melakukan setiap kemahiran
secara berganti-ganti.

Permainan Kecil
Permainan Bersyarat
a..Kumpulan kecil
seramai 8 orang bermain secara
bersyarat. Setiap pemain hanya dibenarkan mengaplikasikan ketiga-tiga kemahiran. Sebahagian padang digunakan beserta tiang gol kecil.
Permainan tanpa syarat
a. Permaianan dalam kumpulan kecil tanpa syarat
BBM : kayu hoki,bola hoki,kon.
Refleksi :
No comments:
Post a Comment